Saturday 21 May 2011

Perkembangan & Peranan Mata Wang Islam

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai Nabi dan Rasul tetapi Baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan  Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur. Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian dan juga berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi.

Perkembangan dan peranan mata wang Islam sehingga abad ke 18.
  • Penubuhan Negara Islam Madinah  pada tahun 622M menandakan bermulanya Tamadun Islam
  • Mencetuskan era baru dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi
  • Selaras dengan perkembangan ekonomi Tamadun Islam, wujudlah mata wang Islam
Sejarah perkembangan :
Mata wang zaman Khulafa Al-Rasyidin :
      
  • Mula dicipta pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab ( 634-644M )
  • Standardasi yang digunakan ialah wang perak
  • Pada zaman khalifah Ali, mata wang Islam ditulis dengan Khat Koufi dan pusat pengeluarannya di Kota Basrah.
Mata wang zaman bani Umayyah :
  • Abdul Malik bin Marwan perkenalkan dinar emas (694-695M) pusat pengeluarannya di Damsyik
  • Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof al-Thaqafi mencetak wang perak di Kufah (696M)
  • Gabenor Mesir, Abdul Aziz bin Marwan menghasilkan dinar emas bertulis perkataan “Dengan Nama Allah” mulai 697M.
  • “Fals” mata wang asing yang diubah suai mengikut Islam.
Mata wang zaman Bani Abbasiyah :
  • Peringkat pertama dicetak disemua bandar baru seluruh dunia Islam
  • Cetakan pertama dilakukan pada zaman pentadbiran Khalifah Abu Jaafar Al-Mansor (754-775M)
  • Pada zaman Al-Ma’mum (813-833M) cetakan wang diselaraskan di Baghdad. Mata wang ini diguna pakai dengan meluas
  • Dinar emas terakhir dicetak pada 1258M selepas kejatuhan Baghdad.
Mata wang Islam di Asia Tenggara :
  • Kerajaan Samudera pasai telah menghasilkan wang emas yang bertulisan Arab dan bersaiz kecil
  • Zaman kesultanan Melayu Melaka, wang emas mula digunakan pada zaman Sultan Muzaffar shah hingga zaman Sultan Ahmad Shah
  • Di Johor, wang emas dan perak dengan inskripsi Arab mula diedarkan pada 1527M. Wang perak (Katun) pula diperkenalkan pada 1600M.
  • Di Brunei, peringkat awal mata wang Islam diimport dari Negara Timur Tengah. Mata wang Brunei paling awal bermula pada masa pemerintahan Sultan Nasaruddin 1690-1710M)
Peranan Mata Wang :
Pembayaran Zakat :
  • Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran
  • Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadis
  • Jenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan sebagainya
Pembayaran cukai :
  • Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian
Urusan perniagaan :
  • Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem barter
Belanjawan :
  • Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang. Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah
Alat perimbangan sosial :
  • Mata wang dapat memelihara keseimbangan sosial masyarakat kerana dapat mengelakkan penipuan dan penindasan yang berlaku dalam sistem barter
 Lambang Negara Islam :
  • Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.
  • Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara.
Kesimpulan :
  • Islam turut mementingkan aktiviti ekonomi
  • Penggunaan mata wang Islam dengan peranannya yang pelbagai dalam Tamadun
  • Islam membuktikan bahawa Islam  amat memberatkan keadilan dalam ekonomi.

No comments:

Post a Comment